Monday, September 29, 2014

Refleksi Minggu Ketiga

Pada minggu ini kelas bermula jam 4.30 petang. Kelas pada hari ini bermula dengan pembentangan oleh kumpulan 1 yang terdiri daripada Suhaimi, Hasnah dan Amir. Tajuk yang dibentangkan ialah "Photography and its applications". Dalam pembentangan ini antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah Camera: types and characteristics, SLR camera: Specialization and handling, Lenses and Aperture, Shutter speed and Exposure, Film/CCD: ISO and funtions. Di samping itu berlaku sedikit perbincangan untuk membahagikan kelas kepada dua kumpulan kerana kelas agak ramai. Perbincangan pembahagian kelas selesai.

Asas-asas dalam fotografi



Shutter Speed
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Aperture
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.
“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.
Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.
Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :
100-200
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.
400
Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
800
Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
1600
Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Thursday, September 18, 2014

Refleksi Minggu Kedua

Pada minggu ini kelas bermula lewat sedikit iaitu pada jam 4.30 petang kerana kami semua solat terlebih dahulu. Pada awal kelas, kami diberikan penerangan oleh Encik Mohd Pu'at Ahmad, penyelaras makmal fotografi mengenai sejarah dan ciri-ciri kamera. Dalam penerangan itu barulah aku tahu serba sedikit mengenai sejarah kamera iaitu bermula dengan SLR (Single Lens Reflecsion) kemudian beralih kepada DSLR (Digital Single Lens Reflection). Harga kamera pada awal-awal keluaran agak mahal sehingga mencecah RM28 ribu sebuah bagi sebuah kamera yang baik. Mahalnya.... Kemudian dengan perkembangan teknologi, berlaku perubahan pada ciri-ciri kamera dan harganya. Penerangan oleh Encik Fuad mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sehinggalah perancangan awal pembentangan kumpulan pada minggu ini dibatalkan.

Jenis Kamera

SLR Camera




Sumber:

DSLR Camera


Sumber: http://www.the-digital-picture.com/Reviews/Canon-EOS-5D-Mark-III-DSLR-Camera-Review.aspx

Filem Kamera Untuk SLR

 
Memori Kad Untuk DSLR