Thursday, December 11, 2014

Refleksi Minggu Keempat Belas

Kelas Dr J pada minggu ini bermula pada pukul 4.45 petang. Pada awal kelas Dr J membincangkan soalan atau senario yang diberikan pada minggu lepas. Hanya segelintir daripada kami dapat menjawab senario tersebut dengan tepat. Jawapan kepada senario tersebut boleh diselesaikan dengan menggunakan photoshop iaitu dengan 'uncheck' pada resample image. Seterusnya Dr J mengajar kami teknik-teknik dalam photoshop bagi memudahkan kerja 'editing iaitu teknik blend menggunakan 'layer mask' dan 'action'. Layer mask adalah satu teknik untuk 'blend' gambar agar nampak kemas dan tidak nampak pertindihan antara gambar manakala action pula adalah satu kaedah bagaimana untuk merekodkan semua perubahan yang dibuat pada gambar dan boleh digunakan ke atas gambar-gambar yang lain.

Senario




LAYER MASK

Langkah

1. Gabungkan imej

2. Masukkan layer mask pada layer paling atas.
3. Tukarkan foreground kepada hitam dan background kepada putih.
4. Gunakan tool brush. Pilih saiz brush yang sesuai.
5. Setkan opacity jika perlu.
6. Gerakkan mouse atas lapisan

7. Imej akan kelihatan seperti 'blend'.

ACTION

Langkah

1. Masukkan imej
2. Klik Windows - action 
3. Klik New action
4. Pada New action ukar nama jika perlu dan tekan record


5.  Semua action akan direkodkan misalnya mengecilkan imej atau memasukkan teks.
6. Untuk memberhentikan action, klik pada ikon stop.
7. Save action tersebut.



6..   Untuk menggunakan action ke atas imej-imej lain, klik file, automate, batch


7. Setkan imej-imej yang akan diberikan action.




1 comment: