Thursday, December 4, 2014

Refleksi Minggu Ketiga Belas

Kelas pada hari ini bermula pada jam 4.30 petang. Di awal kelas, Dr. J cuba mengimbas kembali pelajaran yang lepas iaitu apakah proses fotografi.

Seterusnya, pembentangan kumpulan dengan tajuk "Process and Technology of Visual Printing". Pada pembentangan kali ini, kumpulan ini menerangkan tentang 'Printing Technology, Technique and Process of Printing, Digital Printing and Choosing Paper for Printing',

Selepas itu, sesi P&P disambung semula oleh Dr. J dengan tajuk digital printing. Dalam sesi ini Dr bertanyakan beberapa persoalan antaranya perlukah apabila mencetak, RGB color ditukar kepada CMYK? Apakah yang dimaksudkan color gamut? Dr J juga mengajar bagaimana mengira berapa megapixel jika dimensi 2048 X 1536. 2048 X 1536 = 3145728. Jawapannya ialah 3 megapixel. Perbincangan seterusnya ialah image resolution. Mengikut Dr, semua image dari internet 'teribble" bila cetakan besar. Ini berkait dengan DPI. Term yang lain berkait dengan DPI ialah LPI dan PPI. DPI - Dots Per Inch, LPI - Line Per Inch, PPI - Pixel Per Inch. Makin tinggi DPI makin jelas sesuatu cetakan imej. Resolusi boleh ditingkatkan dengan mengurangkan image size atau capture semula image kepada kualiti yang lebih tinggi. Dr kemudian meminta kami mencari berkenaan dengan terma resolution iaitu Interpolation, Upscalling dan Resample.


No comments:

Post a Comment