Thursday, October 9, 2014

Refleksi Minggu Kelima

Kelas hari ini bermula jam 4.30 petang dengan pembentang kumpulan kedua dan ketiga. Kumpulan kedua membentangkan tajuk "Digital Photography" Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah mengenai Digital camera and its controls, The strength and techniques, Visual modification/manipulation using camera, Media storage devices. Pembentangan kumpulan ketiga pula bertajuk "Light and Lighting" dengan perbincangan The sources and effect, Controlling and manipulating, Natural and available light, Artificial and Flash Lighting. Di akhir kelas Dr Shah memberikan kami tugasan iaitu "Light painting photography" dengan teknik "bulb setting".

Tips

  • Gunakan tripod
  • Remote control
  • Tempat gelap dan pencahayaan lampu laser, torch light dan lain-lain


Shuttle speed : 1-5
Aperture : 8 atau 11
ISO : 100 - 200
Timing : 10 saat

Camera Control

Camera Controls Front ViewCamera Controls Back View








Saturday, October 4, 2014

Refleksi Minggu Keempat

Kelas pada minggu ini bermula jam 3.30. Ini memandangkan En. Fu'at iaitu pegawai fotografi selaku pembantu kepada Dr. Shahrudin tamat kerja pada jam 3.30 petang. Pada hari ini kami diberikan penerangan bagaimana untuik mengambil gambar dalam studio. Encik Fu'at menyatakan setting yang selalu digunakan ialah ISO 400, TV 1/125 dan AV 5.6. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada keadaan. Setting itu perlu diubah jika gambar yang diambil tidak cantik. Penerangan oleh Encik Fu'at tidak dapat dihabiskan kerana masalah komputer dan masa. Kelas pada petang ini juga sepatutnya ada perbentangan oleh kumpulan kedua tetapi ditangguhkan kerana ada ahli kumpulan yang tidak hadir.

Studio fotografi



Mengenal Peralatan dan perlengkapan Studio Foto

1. Ruang Studio
Luas ukuran minimal dari studio foto tergantung dari jenis foto apa yang akan dihasilkan, jika hanya Pas foto tentu saja tidak memerlukan ruang studio yang luas seperti pada foo keluarga aau grup yang memerlukan ruangan yang besar. Jadi tidak ada ukuran maksimal atau minimal dari studio tersebut.
Pada tahap awal studio dapat berukuran 3 x 4 m atau 4 x 6 m pertimbangannya menyangkut perlengkapan yang harus disimpan seperti kamera, lampu background dan lain-lain.

2. Kamera dan Lensa
Ada tiga jenis kamera saat melakukan pemotretan di studio, yaitu kamera format kecil yg biasa disebut kamera 35mm, kamera medium format dan kamera format besar. Setiap kamera memiliki kelebihan dan kekurangan. Untuk pemotretan portrait, biasanya digunakan kamera format medium, sedangkan pemotretan still life memakai kamera format besar. Akan tetapi bukan berarti kamera format kecil atau kamera 35mm tidak dapat digunakan untuk pemotretan studio. Saat ini sudah banyak studio foto yang memakai kamera dengan format 35mm untuk pemotretan portrait di studio.

3. Cable Release
Fungsi dari alat ini adalah sebagai pengganti tombol pelepas rana. Alat ini akan memudahkan fotografer ketika menekan tombol pelepas rana sehingga mengurangi risiko bergoyangnya kamera (shake) terutama pade pemotretan dengan kecepatan rana rendah atau bulb.

4. Electronic Flash Head
Electronic Flash Head atau lampu flash studio adalah lampu yang menyalurkan gas seketika dan memproduksi cahaya berdurasi singkat.

5. Kabel Sinkronisasi
Kabel ini berfungsi sebagai pemicu agar lampu studio menyala yang mana kabel ini menghubungkan kamera dengan lampu studio.

6. Triger dan receiver
Alat ini dipasang di kamera dan lampu studio agar lampu studio bias menyala saat tombol rana kamera ditekan, pemasangan alat ini dimaksudkan agar fotografer dapat leluasa bergerak tanpa direpotkan oleh kabel sinkronisasi yang terpasang dikamera.

7. Alat Pengukur Cahaya/Flash Meter / Light meter
Alat ini mengukur cahaya yang dikeluarkan oleh lampu studio dan digunakan untuk menentukan bukaan diafragma yang seharusnya di pakai dikamera, Sebelum menggunakan alat ini dilakukan penyetelan kecepatan rana dan iso yang digunakan

8. Alat pengukur Suhu warna / Color Meter
Untuk mengetahui suhu warna/white balance yang tepat dari sumber cahaya yang digunakan pada saat pemotretan berlangsung digunakan alat pengukur suhu warna atau color meter. Alat ini menginformasikan mengenai tinggi rendahnya suhu warna sehingga bias didapat nilai dari white balance yang akan disetting di kamera atau penggunaan filter warna yang tepat untuk kamera.
Suhu warna atau white balance dari lampu studio yang masih baru biasanya berkisar 5500 Kelvin atau lebih sehingga hasil yang didapat menjadi kebiru-biruan dan seiring dengan pemakaian dari lampu flash studio tersebut suhu warna berangsur-angsur turun hingga bisa mencapai 4300 Kelvin dan menjadi kekuning-kuningan. Dengan alat pengukur suhu warna tersebut maka akan bisa didapat suhu warna yang tepat.

9. Standar Reflektor
Biasanya setiap pembelian lampu flash studio dillengkapi dengan standar reflector yang menghasilkan cahaya yang langsung dan keras.

10. Reflektor
Reflektor digunakan untuk memberikan cahaya tambahan yang merupakan pantulan dari cahaya utama, reflector dipasaran terdiri dari 3 warna yaitu putih, perak dan emas dimana masing-masing warna mempunyai karakter dari pentulannya tersebut.

11. Payung Studio
Payung Studio digunakan untuk menghasilkan efek bayangan yang lebih halus serta pancaran cahaya yang lebih luas di bandingkan dengan standar reflector. Alat ini sangat efektif digunakan pada pemotretan yang membutuhkan cakupan area cahaya yang luas, namun dibanding dengan standar reflector pancaran cahaya dari payung ini lebih sulit di arahkan.
White Convertible Umbrella
Shoot Throught Umbrella/Transparance Umbrella

12. Softbox
Softbox digunakan untuk menghasilkan efek cahaya yang lebih halus lagi dibandingkan dengan payung, cahaya yang dihasilkan lebih terarah karena cakupan cahaya yang dihasilkan softbox lebih terbatas, ukuran softbox juga mempengaruhi hasil yang didapat, semakin besar ukuran softbox akan semakin lembut cahaya yang dihasilkan. Softbox dapat menghasilkan efek bayangan persegi pada mata model.

13. Octo Dome
Octo Dome sama seperti Softbox menghasilkan efek cahaya yang lebih halus dan cahaya yang terarah, selain itu octodome menghasilkan efek bayangan segi delapan pada pupil mata model.

14. Snoot
Snoot digunakan untuk mengarahkan pencahayaan ke bagian tertentu saja agar mendapatkan efek spot, Alat ini biasanya digunakan di diatas dan dibelakang objek untuk menyinari rambut sehingga objek terpisah dengan latar belakang. misalnya untuk Hairlight

Monday, September 29, 2014

Refleksi Minggu Ketiga

Pada minggu ini kelas bermula jam 4.30 petang. Kelas pada hari ini bermula dengan pembentangan oleh kumpulan 1 yang terdiri daripada Suhaimi, Hasnah dan Amir. Tajuk yang dibentangkan ialah "Photography and its applications". Dalam pembentangan ini antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah Camera: types and characteristics, SLR camera: Specialization and handling, Lenses and Aperture, Shutter speed and Exposure, Film/CCD: ISO and funtions. Di samping itu berlaku sedikit perbincangan untuk membahagikan kelas kepada dua kumpulan kerana kelas agak ramai. Perbincangan pembahagian kelas selesai.

Asas-asas dalam fotografi



Shutter Speed
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Aperture
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.
“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.
Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.
Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :
100-200
Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.
400
Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
800
Waktu di dalam rumah. Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
1600
Waktu malam dan kurang bercahaya. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Thursday, September 18, 2014

Refleksi Minggu Kedua

Pada minggu ini kelas bermula lewat sedikit iaitu pada jam 4.30 petang kerana kami semua solat terlebih dahulu. Pada awal kelas, kami diberikan penerangan oleh Encik Mohd Pu'at Ahmad, penyelaras makmal fotografi mengenai sejarah dan ciri-ciri kamera. Dalam penerangan itu barulah aku tahu serba sedikit mengenai sejarah kamera iaitu bermula dengan SLR (Single Lens Reflecsion) kemudian beralih kepada DSLR (Digital Single Lens Reflection). Harga kamera pada awal-awal keluaran agak mahal sehingga mencecah RM28 ribu sebuah bagi sebuah kamera yang baik. Mahalnya.... Kemudian dengan perkembangan teknologi, berlaku perubahan pada ciri-ciri kamera dan harganya. Penerangan oleh Encik Fuad mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sehinggalah perancangan awal pembentangan kumpulan pada minggu ini dibatalkan.

Jenis Kamera

SLR Camera




Sumber:

DSLR Camera


Sumber: http://www.the-digital-picture.com/Reviews/Canon-EOS-5D-Mark-III-DSLR-Camera-Review.aspx

Filem Kamera Untuk SLR

 
Memori Kad Untuk DSLR